Hari ini 13 haribulan, harijadi aku. Genap 24 tahun sudah umur aku.
Happy birthday to me!
Harijadi aku kali ini aku sorang saja kat negeri ini, kat bilik tidor ini.
Karena itu aku nak kasik diri aku hadiah.
Setelah aku fikir2, tak payah lah beli benda yang bukan2. Aku nak gunting rambut sahaja!!
Aku dengan bersemangat kental pergi ke Sunway mall untuk gunting rambut petang ini. Orang cakap ada tempat gunting rambut bagus kat sana. Tapi mahal sikit. Tak kesah lah aku fikir.
Berbekalkan duit saving aku, serta gaji bulanan aku yang seto’et itu, dapatlah aku bergolok gadai potong rambut model baru ini. Selepas rambut aku dipotong mereka beri aku sisir, percuma, tak bayar. Sudah lama sangat rasanya aku tak punya sisir.
Semoga rambut comei ni tahan panas mentari dan angin puyoh.
Untuk aku: selamat hari jadi.
Bagi siapa yang baca blog ni tak payah susah-susah nak kasik hadiah, memadai sekadar ucapan do’a selamat. Tapi kalau nak sedekah geran tanah beserta rumah, aku sedia terima dengan hati terbuka.
Lepas kerja, pukul 6 petang, parking lot Subang Hitech, aku tunggu.. Beri aku call dulu, atau hantar message =D
00.20, 13 February 2008
Dari pusat perbandaran Sunway
awak lagi burfday ker? selamat hari jadi!
Comment by aussie — 14 February 2008 @ 10:58 pm
thank you, pak cik Aussie..
aku dah rindukan kan kau pak cik. Bila2 ada masa datang kat sini ya!
Comment by Administrator — 17 February 2008 @ 6:58 am